27 November 2011

Nokia N9

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah to all reader blog yg xbpe nak famous nie huhu...rasa-rasanye lum terlambat lg nk ucapkan Selamat Tahun Baru.moga tahun baru yang menjelang nie akan menjadikan diri kite lebih baik dr yang sebelumnya.InsyaAllah....


oke,diatas permintaan ramai la kn..hakhak..saya tulis jgak lah entry sal Norkiah N9.yg boley dianggap gadjet terbaru jgak lah dr Nokia.kite review sikit N9 nih.


model N9 ini, ia didatangkan dengan kamera 8MP bersama kanta Carl Zeiss, dual LED flash, dan fungsi autofokus, ia mampu menghasilkan gambar bersaiz maksimum 3264x2448 piksel.


Bahagian slot microUSB/charger & microSim. Sumber 


N9 yg didatangkn dgn pelbagai variasi warna.gempak!!

untuk u'all saya wat la research kn,especially untuk yg pakai N9 lh..so hope bace ea.at least u'all ley tau function hp u'all tu sebenar nye.bukan stakat ley msg n called sahaja.jom discover N9!!

Ciri-ciri Dalaman & Umum
Seperti yang diberitahu diatas, N9 ini menggunakan MeeGo OS versi 1.2 Harmattan sebagai sistem operasi utamanya. Dikuasakan dengan 1GHz Cortex A8 CPU, PowerVR SGX530 GPU, TI OMAP 3630 chipset dan RAM 1GB. Selain itu, N9 juga membawa ciri baru yang sudah diperkenalkan sebelum ini pada beberapa peranti lain iaitu sokongan NFC (Near Field Communication). Bagi bluetooth, ia masih menggunakan Bluetooth 2.1 +EDR (Enhanced Data Rate). Tiada fungsi FM Transmitter seperti Nokia N8 termasuk radio. Dari segi bateri, ia menggunakan Li-Ion 1450 mAh (BV-5JW) dan menggunakan wireless WLAN IEEE802.11 a/b/g/n serta dilengkapi fungsi tether yang mampu menjadi N9 sebagai data modem.
Pertama sekali, mesti orang tanya kapasiti/jumlah memori dan warna yang ditawarkan serta harganya dipasaran Malaysia. Seperti yang diberitahu, untuk N9 terdapat 2 jumlah memori yang ditawarkan iaitu 16GB dan 64GB. Bagi N9 yang berkapasiti 16GB ianya dijual sebanyak RM1799 dan RM2088 untuk N9 yang berkapasiti 64GB. Sebanyak 3 warna yang ditawarkan setakat ini iaitu hitam, magenta dan cyan. Warna hitam hanya untuk N9 yang berkapasiti 64GB dan selebihnya untuk yang berkapasiti 16GB. 

seperti telefon pintar yang lain, N9 juga dimuatkan dengan beberapa aplikasi & permainan popular didalamnya, seperti Facebook, Twitter, Skype, Joikuspot Wi-Fi tethering, Galaxy on Fire 2, Real Golf, Angry Birds Magic dan lain-lain. Terdapat juga aplikasi yang menyokong fail dokumen seperti Word, Excel, Powerpoint, dan PDF.

untuk yang baru memiliki N9,kat bawah nie ada sedikit tip dan trick untuk N9 yang boleh dikongsikan.
    • $ Double tap pada skrin jika ianya didalam keadaan standby. Skrin akan kembali aktif selepas itu.
    • $ Double tap dan swipe dari luar skrin untuk unlock N9.
    • $ Untuk tukar profile, hanya perlu menggunakan butang volume.

enough??hehe..panjang2 pon blum bace kn hehe..

No comments: